Thursday, November 6, 2014

|kehilangan|

Kalau nak ikutkan ramai sedara mara yang 'pergi' menemui Ilahi kerana mengidap diabetes. Yang terkesan antaranya pakcik sebelah mak yang meninggal sebab diabetes ni. Tambah lagi dengan penyakit yang lain.

Dan sekarang. Sepupu abah yang ku agak dalam lingkungan lewat 30an ke awal 40an. Baru tadi dikhabarkan through whatapps. Tersentak sekejap.

Macam diri ini pun, tidaklah 100% bebas. Tak mungkin bebas.
Takkan hilang.
Mungkin kurang

Blog ni dibuat dari tahun lepas. Baru sekarang dijengah kembali.

I have to do something. Mungkin berahkir di sini. Tika ini.

Sebabnya maybe malu menjadi ahli penyakit diabetes.

Tapi bukanlah terus menyorok diri. Malah rasanya perlu berjuang tanpa mrngasingkan diri.

Oleh itu. Secara rasminya saya akan mengupdate kehidupan saya sebagai pesakit diabetes ini di blog saya sendiri.

Http://fromhtoz.blogspot.com

Sunday, February 3, 2013

|Kit untuk penghidap Diabetics|

Diabetes Kit Stock Photography - Image: 10657762 

Setiap penghidap Diabetics perlu ada ini.

Glukose Monitoring Kit/
Diabetics Monitoring Kit.


Boleh dibeli di hospital kerajaan/swasta.
Farmasi.

Saya prefer Juzcare Pharmacy.
Lagi murah berbanding Farmasi yang terkenal.
Alamat: No.10-G, Jalan J-Avenue, J Avenue, 43200 Cheras, Selangor
Owner dier memang friendly dan sangat-sangat membantu.

 

Thursday, January 17, 2013

|Pandangan|

Apalah sangat PANDANGAN orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?

Yup.

Mula-mula memang agak sukar nak terima berita atau kenyataan ini.
Walaupun dalam realitinya mengharap sesuatu berita baik tapi yang yang didengar dan perlu diterima ada adalah sebaliknya.

Memang ada pandangan orang, memandang serong, mungkin ada yang ketawakan dan sebagainya.

tapi saya perlu terimanya, mungkin bagi Allah s.w.t ada pandangan dan sebabnya sendiri.

Mungkin bala, mungkin dugaan, kita tak tahu. 

Jika bala, ku mohon keampunan pada mu ya Allah.
Mungkin bagiku itu kesalahan kecil, kesilapan besar atau tak merasakan ketika itu tidak berbuat salah. Itu tidak ku tahu.

Jika dugaan, aku mohon pada mu ya Allah.
Kuatkan semangat ku untuk memastikan aku bersedia dan tabah harunginya.
Walaupun ada ketikanya aku akan menangis sekuat-kuatnya.
Aku mohon yang aku dapat mengatasinya.
Untuk aku sendiri.
Untuk keluarga lagi-lagi untuk suami dan anak-anak.

Bagiku, mungkin ada sesuatu.
Yang Allah sediakan.
Aku mohon itu adalah kebaikan.
Mohon Allah memandangku dengan kasih sayang dan mengampuniku.
Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

Amin.